Mind Power Menjadikan Minda Anda Bertenaga

Pernahkah anda mengalami masalah kelesuan semasa belajar, bekerja, meeting, menghafal atau berfikir?

Minda yang kurang dirangsang sering tidak berdaya maju dan sebenarnya hanya menggunakan sedikit dari keupayaan daya berfikir serta kemampuan minda yang sebenar.

Mind Power, dengan formulasi dari USA, yang digabung dari lebih 7 jenis pati minyak tumbuhan mampu merangsang dan memberikan tenaga kepada minda untuk lebih aktif dan fokus.  Pati minyak tumbuhan ini mengandungi ‘sesquiterpenes’ semulajadi yang selamat dan sangat efektif bagi meningkatkan jumlah oksigen di bahagian penting otak serta saraf.

Menurut kajian Dr. Asawa dari Jepun dan Dr. Richardson dari England, menyedut nafas bersama bauan pati minyak tumbuhan mampu meningkatkan aktiviti minda dengan peningkatan ‘blood flow’ sebanyak 15% dan takat oksigen sebanyak 25%.

 

Mind Power dapat membantu:

1 – Memudahkan para pelajar menggarap pelajaran yang diajar oleh guru.

2 – Memaksimakan tahap berfikir dan mudah untuk menerima info yang baru

3 – Mengurang dan menghilangkan letih berfikir

4 – Memberi stamina kepada minda dan menghilangkan kelesuan serta stress

5- Menjaga minda dan meningkatkan prestasi minda (meningkatkan IQ) serta memperbaiki memori.

6 – Memberikan ketajaman kepada minda dan konsentrasi yang lebih baik

 

Siapakah yang memerlukan Mind Power?

Mind Power diperlukan oleh semua orang terutamanya pelajar, para professional, pengurus-pengurus, ketua, guru-guru dan mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang penulisan, stategi dan sebagainya.  Sangat baik digunakan semasa peperiksaan, pertandingan, meeting, brain storming, bekerja, menghafal dan belajar.

 

Pati minyak tumbuhan yang digunakan telah ditentukan keasliannya serta nisbah penggunaan dan keserasian adunannya diteliti oleh pakar yang mahir supaya tidak mendatangkan mudarat. Pati minyak tumbuhan yang digunakan ialah:

Sandalwood mempunyai kemampuan yang sangat tinggi untuk merangsang ‘pineal gland’ (bahagian otak yang berfungsi untuk modulate jaga dan tidur) dan bahagian limbic di otak (mengawal fungsi emosi, kelakuan, motivasi, memori dan sebagainya).  Telah digunakan secara tradisional untuk kulit, meditasi dan yoga kerana unsur ‘sesquiterpenes’ yang tinggi.

 

Lavendar adalah pati minyak yang menjadi kegemaran ramai kerana ia adalah minyak yang menenangkan serta mempunyai bahan yang mampu memperbaiki konsentrasi serta ketajaman minda.  Disamping itu, ia membantu memberi lebih tenaga bagi aktiviti minda yang lebih aktif.

 

 

Cedarwood mempunyai kadar ‘sesquiterpenes’ dan penenang yang tinggi.  Digunakan oleh Orang asli Amerika (Red Indian) untuk menambahbaik peasaan rasa ‘sedar’ dan komunikasi.  Ia juga merangsang penghasilan melatonin yang membantu mendapatkan rehat dan tidur yang sempurna.

 

 

Orange digunakan sebagai minyak penenang yang dapat membantu meredakan kerisauan (anti-depressant).  Ia menghilangkan stress, ‘refreshing’ dan ‘relaxing’. Minyak diambil dari kulit Orange secara organic dengan kaedah ‘cold-pressing’ tanpa sebarang bantuan bahan kimia.

 

 

Melissa juga mempunyai kadar ‘sesquiterpenes’ yang tinggi.  Ia mampu memberi ransangan kepada ‘anterior pituitary’ (berada dibahagian bawah otak dan mengurus hormon-hormon lain) dan sistem immunisasi badan. Ia adalah minyak yang sangat kuat serta menyeimbang emosi  & ketenangan individu. Ia juga berupaya meningkatkan aktiviti minda.

 

Frankincense,  pada zaman dahulu pati minyak ini dinilai lebih dari emas.  Ia diguna pakai di Timur Tengah sebagai minyak keagamaan selama beribu tahun.  Ia memberikan kesan ketenangan pada minda dan melegakan paru-paru.

 

 

 

Juniper bertindak sebagai detox dan membersihkan badan dan minda dari aura negatif. Ia juga meredakan stress dan memberikan ketenagan kepada minda.

 

 

 

Amaran:  Tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.  Sesuai untuk semua peringkat umur.

Cara guna: Titiskan setitik Mind Power pada belakang pergelangan tangan.  Kemudian rapatkan kedua-dua pergelangan tangan kiri dan kanan dan gosokkan minyak tersebut sehingga menyerap.  Rapatkan pergelangan tangan pada hidung dan tarik nafas (sambil bau) dalam-dalam melalui hidung secara perlahan-lahan kemudian hembuskan nafas secara perlahan-lahan.  Ulangi pernafasan ini sebanyak 8 – 10 kali.

 

Harga Jualan:

Satu unit Mind Power (10ml = 260 titis): RM 70 Semenanjung.  RM 80 Sabah & Sarawak.

Harga Promosi Twin Pack (Mind Power & Mind Clarity) ialah RM 130 Semenanjung dan RM 150 Sabah & Sarawak.

Note: Seunit produk seperti ini dijual pada harga RM210 di luar negara.

 

 

71 comments

  1. Badan saya selalu rasa letih dan selalu kuat tidur (klu di office selalu berangan utk kemas rumah tapi bila dah sampai d rum badan rasa amat letih sekali)- kadang2 rasa malas untuk pergi kerja jarak perjalanan 1jam utk ketempat kerja. Bolehkah saya mencuba kedua2nya sekali. Saya mempunyai penyakit kencing manis dan kolestrol (dah makan ubat utk kedua2nya sekali)

    1. Ya baik ambil kedua-duanya sekali.. pakai mind power masa nak pegi kerja.. lepas solat zuhur (thgari) ambil lagi mind power. Balik kerja, pakai mind clarity..InsyaAllah..

  2. Salam, boleh tolong beri supplier sekitar klang atau shah alam atau yg berhampiran dgn kawasan tersebut. Saya berminat utk mencuba produk ini, tq

  3. Saya ingin mencuba sendiri kerana selalu letih dan mengantuk. Memori saya juga agak lemah akibat keadaan ini, Selain itu, tangan saya sering kebas. Mohon nyatakan produk yang sesuai untuk keadaan saya ketika ini. Saya tinggal di Bangi. Jadi bagaimana boleh saya saya dapatkan produk terbabit daripada pengedar yang berdekatan.

    1. Symptom yg puan kemukakan seperti symptom stress.
      Ya sila gunakan mind power ketika bekerja dan gunakan mind clarity bila penat, stress atau bila pulang dari kerja.
      Produk ini sangat berkesan sehingga ramai pelnggan kami seperti tercengang apabila melihat perubahan pada diri mereka.
      Di bangi, Bangi – Pn. Mai – 0173666227

  4. saya pun rasa ingin mencuba kepada diri saya sendiri sebab stress bekerja kadang2 x dapat memberi tumpuan sepenuhnye. Juga saya nak mencuba kepada anak saya biar boleh bagi tumpuan kepada pelajaran.

    1. ya boleh.. puan pun sebenarnya boleh guna mind power ketika bekerja.. dan gunakan mind clarity selepas pulang dari kerja atau ketika stress..
      Anak puan begitu juga.. guna mind power ketika belajar, kemudian guna mind clarity selepas belajar atau sebelum tidur..

  5. Puan,apa beza produk Mind Power dengan Mind Clarity? Anak saya tinggal diAsrama Penuh, jadual cukup padat, seawal 4.30am sudah kena bangun menjadikannya selalu mengantuk dan kurang tumpuan dalam kelas. Cadangkan saya product yg mana satu. Tksh.

    1. Guna mind power ketika pergi kelas atau ketika belajar. Lepas belajar atau sebelah malam (setelah tiada lagi waktu belajar) gunakan mind clarity. InsyaAllah..akan nampak perubahan serta merta:)

  6. Assalammualaikum!!!!!!!! hehehehheh

    saye ingin menempah produk ni kerana sebagai seorang pelajar saye kerap letih ketika belajar… Kadang-kadang saya mudah terlupa formula yang sememangnya wajib untuk dihafal… bila saye cerita dengan kawan-kawan lama ada yang cadangkan agar saya tukar jurusan untuk sem depan… tapi saya taknak mengalah awal… pada masa yang sama saya nak atasi kelemahan saya.
    ok cukup dgn pnjelasan… saya ingin menempah produk ini… power mind n mind clarity.. boleh tak???

    1. Ya, pelajar memang sangat perlu menggunakan produk ini. Lupa sebenarnya kerana kita belajar dlm keadaan tertekan atau stress atau kepenatan. Ini menyusahkan minda utk rearrange memori etc. Teknik belajar yang betul ialah dengan membahagikan waktu rehat/rilex serta waktu belajar dgn seimbang.. Untuk pesanan sila lihat http://www.piurityessential.com/pesanan-online atau beli dari pengedar yang disenaraikan

  7. anak saya kini berumur 7 tahun sihat seperti kanak-kanak normal yang lain, belum bersekolah serta masih belum bercakap ,anak saya ini hanya mengeluarkan perkataan begitu sahaja yang boleh difahami tetapi tidak ditujukan kepada sesiapa dan anak saya ini hyperactive….adakah penggunaan mind power ini dapat membantu anak saya ini? dan apa beza mind power dengan mind clarity?…

    1. Kenapa belum bersekolah yea? Jangan sisihkan anak yang hyperactive. Seperti yang saya mention sblm ini, hantar ke sekolah/tadika yang menggunakan kaedah montessori.
      Mind power digunakan semasa ingin belajar/menghafal/meeting/ dan perkara yg menggunakan banyak aktiviti minda. Mind clarity elok diguna selepas menghafal atau selepas belajar supaya tenang dan minda mudah mengatur memori dgn baik (elak lupa). Ia juga digunakan ketika penat, stress dan tension. Puan boleh cuba kedua-dua produk ini. Mulakan dengan membutt aktiviti bersama-sama da kurangkan arahan. Budah hyperactive suka ‘hands-on’ dari buku. Saya pasti anak puan akan mula lebih bercakap bila kita faham

  8. Assalam Admin,

    Saya mempunyai 2 anak lelaki berumur 6 & 8 thn serta seorang anak perempyan berumur 4 tahun. Sy b’anggapan mereka hyper atau mungkin terlalu banyak gula dlm badan. Mereka jarang tidur pd waktu siang & sangat aktif bergerak/bermain di dlm rumah. Yg sulung menurut ayahnya(seorang guru) sgt suka bermain & kurang tumpu perhatian thdp pengajaran. Dia juga malas & lambat btindak balas thdp arahan yg saya & suami saya pinta. Dia juga kasar thadap adik2nya & jenis memendam. Manakala anak saya yg no.2 pulak seorg yg panas baran(walau baru berumur 6thn), malas belajar,suka memberontak & menjerit/meninggikan suara serta akan melawan balik kata2/btindak agresif jika dimarahi oleh saya atau ayahnya. Walau bgmanapun,kemarahan dia x lama & akan reda dlm 10-15 minit. Cuma saya takut perangai ini akan terbawa-bawa hingga ke dewasa. Manakala anak bongsu saya(perempuan) bperwatakan spt lelaki. Mungkin kita terikut perangai abg2nya. Soalan saya,bolehkah anak saya diberi pati minyak ini & adakah ianya dapat membantu meningkat minat & konsentrasi belajar serta mengurangjan sifat malas & pemarah yg ada dlm diri mereka. Terima kasih.

    1. W’salam..

      Berkenaan dengan akanak-kanak hyperaktif, Ketika saya mempelajari montessori dulu ada disebutkan ibu perlu menjaga pemakanan semasa mengandung terutamanya makanan berasid (selain gula), boleh menyebabkan anak menjadi hyperaktif. Satu lagi, jika ibu tidak mengawal gula semasa pregnant juga boleh menjadikan anak begitu atau jadi sedikit kurang. Kita juga perli faham bahawa antara tanda dan kebiasaan perlakuan kanak-kanak hyperaktif ialah jika dia melakukan sesuatu perkara, dia akan melakukannya dalam tempoh agak lama tanpa henti. Contohnya melukis, berjalan menangis agak lama dan kuat tanpa henti.

      Melalui cerita puan, saya rasa anak puan bukan hyperaktif. Anak puan pula yang lambat respon dengan arahan ibubapa serta suka marah-marah, mereka sebenarnya bertindak memprotes terhadap sesuatu yang tidak dipenuhi oleh ibu bapa. Ia juga satu reaksi untuk mereka meluahkan rasa kecewa, sedih, tidak puas hati, keliru dan tekanan akibat kepenatan atau tidak cukup rehat selain bosan dengan aktiviti harian mereka. Samalah seperti kita juga sekiranya penat berfikir dan bekerja mungkin akan lambat respon dengan permintaan anak dan sering kali tidak sengaja memarahi anak kita.

      Kanak-kanak yang bijak akan meluahkan pearasaan mereka dengan cara demikian untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Mereka sebenarnya amat berharap ibubapa mereka dapat memahami dan berkongsi sedikit masa yang berkualiti dengan mereka untuk mendengar apa sahaja cerita dan aktiviti harian mereka. Salah satu cara terbaik untuk mengatasi kelakuan anak ini adalah dengan menetapkan jadual harian mereka dan menetapkan sedikit masa berkualiti untuk sekeluarga melakukan aktiviti harian seperti bermain di luar bersama, membuat aktiviti “praktikal life” bersama dan berkongsi 5 minit akhir sebelum tidur mendengar luahan hati mereka tentang apasahaja.

      Anak juga akan berhenti memendam perasaan apabila dia merasakan dirinya diperlukan dan diberi penghormatan selayaknya. Dengan itu cubalah sesekali memberi mereka peluang menetapkan sesuatu menu atau tugasan harian mereka.

      Mind clarity dan mind power boleh membantu mereka ketika pembelajaran dan juga emosi.

  9. Anak saya kembar dan akan menghadapi exam PMR pada 9hb.10.12 ini.Saya risau melihat anak kembar lelaki saya yang kurang mengingati bila buat latihan menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.Adakah anak sempat lagi untuk mencuba produk ini?

    1. Ya, pada waktu penting beginilah puan perlu berikan pada anak puan. Ketika belajar, guna mind power. Selepas belajar atau sebelah malam, boleh gunakan mind clarity. InsyaAllah ia memang agak mudah utk improve memori/ingatan..

  10. saya sangat lemah dalam bahasa inggeris.apbl saya baca dan tengok buku or majalah bahasa inggeris saya jadi stress and x berminat untuk membacanya…
    saya juga susah untuk mengigati apa yang ajar…adakah produk ini dapat membantu saya..dan macam mana sy nak mahir dalam berbahasa inggeris.

    1. Bila tak berminat, memang susah utk ingat apa yang diajar.
      Semua org kata english kena practise. Satu cara yang mudah yg saya buat masa A-level dulu-dulu, setiap pagi saya akan mengambil masa 15 – 20 minit utk membaca majalah english, dan baca dengan kuat serta teratur (tidak laju)( serta mulut ikut english slang.. lama kelamaan, ia menjadi mudah dan vocab serta percakapan saya juga jadi lancar..
      Bila study atau practise english tu gunakanlah mind power supaya mudah bagi minda…

    1. mind power guna bila nak belajar, meeting, brainstorming atau apa saja aktiviti minda yg berat. Mind clarity pakai selepas belajar atau menghafal. Juga pakai semasa stress.
      Sekadar berkongsi. Baru-baru ini saya mengikuti kursus intensive VTO selama 2 minggu di Senawang (biasanya setahun) kerana ingin membuka academy. Kursus tersebut bermula 9 pagi hingga 8mlm termsuk sabtu dan ahad. Setiap hari kami ada lecture, kemudian terus buat module dan presentation. Masa sgt pack dan stressful. Participants terasa sgt stress, bayangkanlah lepas kelas pukul 8 mlm, sambung buat kerja dirumah utk buat module dan presentation for the next day. Berapa jam jea tidur? Saya bawa mind power ke kelas dan berikan kepada semua participants sekadar ingin membantu. MEreka terasa hairan yang mereka tidak mengantuk dan terasa tenang serta kurang stressful. Ada seorang participant muka dah merah dan mata sgt kelihatan stress. Beliau sapu dilengan, tengkuk serta kepala (lebih dari yang saya cadangkan:)) selepas pakai tiba-tiba air mata beliau keluar tanpa disedari. Dia bertanya kepada saya kenapa begini.. saya kata mungkin brain release tension dgn mengeluarkan air mata.. kerana air mata adalah defensive act seseorg utk menenangkan minda. Esoknya beliau kelihatan ceria dan segar! Saya sendiri agak terkejut kerana tidak pernah mengalami keadaan tersebut:)

  11. anak saya kena demam panas 3X masa dia umur 3.4. & 5 tahun. Now,dia 11 thn,disahkan oleh dr pakar sbg ADHD (Hyperaktif) masa umur 7 thn.Saya masukkn kelas biasa dan selalu dpt no last or kedua last.Dia permah kata pada saya 1. “mak ingat senang ke nak pandai?
    ckgu dia kata dia x fokus,”blur”tercengang,pane,dll (tp dia x kacau org)
    saya dh bagi Ritalin(penenang) dn kdg2 ubat tidur (dia pyh tidur & selalu bangun mlm)dn saya dh bagi byk jus penerang hati, dn pelbagai produk utk mudah belajar dll tapi nmpk x byk ubah Bantu saya Admin..
    . Di Pahang ada pengedar ke?

    1. Anak yang hyperaktif ini sebenarnya bijak..
      Kaedah pembelajaran pelajar begini tidak sama dengan pelajar lain. Mereka cepat bosan dan arahan demi arahan yang diberikan tidak membantu melainkan jika kita mengajak mereka berbuat sesuatu bersama-sama. Mengikut yang saya pelajari, pelajar hyperaktif ini mempunyai kebolehan yang lebih dari segi kinestetik (suka practical), visual (deria penglihatan sgt kuat) & audio (deria pendengaran yg kuat). Sayangnya, cikgu di sekolah biasa tidak dipersiapkan utk menghadapi pelajar-pelajar begini.
      Saya pernah mengajar kelas budak-budak 6 tahun hyperaktif disebuah sekolah di Klang. Tiada cikgu yang sanggup mengajar dikelas tersebut kerana kelakuan pelajar-pelajar yang sgt aktif dan suka menjerit-jerit. Kurang dari seminggu, saya menjadi popular di sekolah tersebut kerana berjaya menjadikan pelajar tersebut berdisiplin dan minat belajar. Tiada apa yang hebat saya lakukan, melainkan mewujudkan environment ‘kebersamaan’. Pelajar peka saya wujud dan saya wujud disitu bersama mereka. Saya banyakkan mengajar dengan menggunakan aktiviti (yang berkaitan dengan hand-on, juga alat pandang-dengar) daripada sekadar mengajar.
      Amat menyedihkan, saya juga pernah berjumpa parent yang menghantar anak mereka ke sekolah kanak-kanak spastik kerana beranggapan anak mereka ‘kurang’, padahal hanya hyperaktif.
      Tuan perlu memberikan mind power & mind clarity supaya lebih focus dan tenang. Juga sangat penting utk encik menghantar anak ke sekolah tambahan yang menggunakan kaedah montessori. Ia adalah kaedah yang sgt berkesan terutamanya utk pelajar aktif. Saya juga mempunyai kelulusan montessori dari Canada, maka Insyaallah saya memahami keadaan kanak-kanak begini. Mereka pintar, tapi kepintaran mereka tidak dapat dibentuk oleh orang yang tidak memahami mereka….

  12. saya sangat berminat dengan produk tuan. Bagaimana caranya untuk menjadi agen atau stokis untuk produk tuan. Untuk makluman tuan saya menetap di bandar Sarikei, sarawak.

    Yang benar

    Shamsol bin jamali

  13. Anak cucu sayaberumur lima tahun danbersekolah Tabika.Dia sangat aktif dan lasak di dirumah tetapi disekolah dia sangat pendiam dan tertib.Dia memang mengidap asma hingga keperingkat menggunakan neboliser dirumah.Bolehlah power mind membantu nya.

    1. Sama dengan anak saya yang sulung, ada asma dan aktif. Mind power memang berkesan membantu anak sulung saya itu.. tiada masalah utk cucu tuan juga.

  14. Anak saya akan menghadapi Spm pada November nanti.Sempatkah lagi mind power berkesan dalam masa yang singkat ini dan di manakah saya boleh mendapatkan produk tersebut di Kota Bharu,kelantan?

    1. Sempat lagi.. masa sekaranglah dia perlukan mind power bila nak belajar, dan selepas belajar atau menghafal, gunakan mind clarity. Ia bertindak serta merta mengaktifkan minda.
      Pengedar Kota Bharu – Nor, 0139342754

  15. Saya tertarik dgn cara penggunaan mind power ni dan saya rasa nak cuba bagi untuk anak saya yang akan menduduki SPM bulan november ni, tapi masaalah nya saya di Kota Kinabalu Sabah tidak tahu dimana kedai atau wakil penjual yang menjual produk ni, saya harap dapat kira nya pihak tuan memberi tahu tempat wakil penjual nya.

    1. SPM.. sila berikanmind power ketika belajar. Selepas belajar, berikan mind purity supaya minda dlm keadaan rilex dan tidak mudah hilang memory/hafalan.
      Kadangkala kita jumpa ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak ingat apa yg dipelajari. Ini kerana minda pelajar tersebut sebenarnya stress kerana ditekan, dan minda tidak dapat menyimpan memory dengan baik pada keadaan tersebut. Maka mind clarity juga di syorkan selepas belajar/menghafal..
      Kami belum ada pengedar di KK, hanya ada di keningau, Keningau – Pn. Anita, 0198876103
      Jika susah boleh beli secara online, http://www.purityessential.com/pesanan-online/

  16. Berapa lama kita boleh nampak kesan dia. Saya baru nak cuba pada anak2 saya, 9, 7 dan 6 tahun. Saya pun cuba pada diri sendiri sebelum masuk kerja.

    1. Ia akan berkesan serta-merta. Maknanya, minda kita akan terus teransang selapas disapu dan selepas exercise pernafasan (tarik nafas sambil bau tempat di titiskan tadi, ia sangat penting).
      Dalam sehari kita boleh pakai beberapa kali, tiada masalah. Contohnya, di tempat kerja ada brainstorming pada pukul 9 pagi, maka kita titiskan mind power (baik juga kita titiskan mind clarity sekali supaya minda tenang dan tak stress ketika brainstorming). Sebelah petang pula ada meeting yang panjang, sekali lagi boleh titiskan mind power/clarity..
      Anak2 elok menggunakannya.
      Contoh penggunaan terbaik, bila pergi sekolah pakaikan mind power. Balik sekolah selepas mengulangkaji pelajaran, pakaikan mind clarity. Mind clarity juga elok dipakai supaya minda dapat rest. Kita dalam ‘resting state’ inilah memory akan disusun didalam minda menjadikan memori kita kuat.
      Satu lagi, sekiranya kita menggunakan mind power/mind clarity ada baikknya kita stop 1 – 2 hari dalam seminggu. Contohnya kita gunakan setiap hari dari isnin hingga jumaat, maka hari sabtu dan ahad atau sabtu atau ahad, kita tak gunakan mind power/clarity. Ini supaya minda kita tidak jadi dependency terhadap mind power/clarity. Sebenarnya kaedah ini untuk semua jenis vitamin/herba etc.

  17. Hai,hya 1 soalan saje.adakah umur anak 2 tahun juga sesuai guna pakai kerana ank saya kurang aktif dlm pertuturan berbanding adiknya.tq
    .

    1. Anak kami yang kedua begitu juga ketika umur 2 tahun, tapi sekarang dialah yang paling becok (sekarang berumur 6 tahun. Jangan risau. Tak perlu menggunakan mind power utk anak.
      Anda hanya perlu risau sekiranya anak anda yang 2 tahun itu lebih suka menggunakan isyarat daripada cuba menyebut. Atau mempunyai masalah utk meniru sesuatu bunyi yang disebutkan. atau tidak mampu mengikuti arahan mudah..

  18. Salam sejahtera Tuan Admin,
    Bolehkah digunakan oleh orang tua yang berumur 60 tahun? Mak saya menjaga ramai cucu dan membuat kerja rumah yang sangat memenatkan semasa ketiadaan saya (saya bekerja).

    Anak saya berumur 10 tahun. Dia lemah dalam pelajaran maths. Dia jenis yang lambat faham dan suka “dreaming” semasa proses pembelajaran.

    Sila beri tunjuk ajar.

    Terima kasih.

    1. Boleh, tiada masalah. Ibu puan boleh gunakan mind power dan juga mind clarity.
      Anak puan juga boleh gunakan. Anak saya yang sulung juga mempunyai masalah yang sama kerana sebelum bersekolah di Malaysia, anak saya bersekolah di international school dimana dia diajar untuk kuat imagination. Maka perkara maths ini agak ketinggalan kerana sering berangan. Kami berikan kaedah montessori supaya mudah fokus dan berikan mind power untuk mudah tangkap apa yang dipelajari.
      Kanak-kanak yang sering dreaming ini sebenarnya bijak dan parents perlu faham dan mencari kaedah yang paling sesuai untuk membantu. Mereka yang dreaming in perlukan pembelajaran yang menyeronokkan, maka carilah guru yang sesuai atau guru yang ada kebolehan montessori..
      Sekadar berkongsi pengalaman. Jiran kami (ibunya seorang guru) di Klang pernah meminta isteri saya menbantu anak mereka yang lemah matematik (darjah 2 dan 3), sering dapat B & C. Isteri saya mengajar dengan mempelbagaikan kaedah pembelajaran sehingga mereka sangat seronok belajar dan tak sabar-sabar utk datang ke rumah kami setiap hari. Parent mereka sangat gembira kerana anak mereka mendapat markah A utk matematik setelah belajar dengan isteri saya. Padahal sebelum ini mereka merasakan anak mereka kurang pandai…

  19. encik pelbagai produk sudah saya beli untuk anak sya menjadi orang yang top dalam kelas, tetapi tidak berhasil
    encik rasa berhasil sangat kah produk mind power untuk anak saya
    sebab anak saya ni sangat lemah dalam matapelajaran math and sejarah
    dan tahun ni dia akan menduduki pmr…

    1. Tuan boleh minta anak gunakan mind power ketika hendak belajar atau ke kelas. Kemudian gunakan mind clarity pada sebelah malam supaya minda dapat bertenang dan memory akan tersusun dengan baik apabila tiada stress. Ada juga customer saya yang menggunaka mind power dan juga mind purity pada waktu yang sama ketika belajar. Itu juga boleh.
      Bila anak tidak mendapat apa yang kita mahukan, jangan terlalu menekan atau marah, kerana sebenarnya IQ boleh kurang apabila anak selalu dimarah atau berada dalam tekanan.
      Matemaik dan sejarah adalah dua cara pembelajaran yang berbeza. MAtematik, jangan dilatih membaca atau menghafal formula, tetapi sentiasa buat latihan sehingga apabila melihat soalan sahaja dah tahu hujungnya. Bagi sejarah, ia adalah kaedah hafalan. Biasakan ia bercerita sendiri setelah membaca/menghafal disamping membuat latihan. Kaedah bercerita sendiri sebenarnya menguatkan jaringan sel-sel memori.

  20. saya ingin mencuba produk ini untuk anak saya yang berumur 8 tahun, tetapi saya kurang jelas cara penggunaannya secara terperinci dan bagaimanakah saya untuk mendapaykan produk ini?

    1. Penggunaannya agak mudah, sila lihat http://www.purityessential.com/cara-guna/
      1) titiskan setitis mind power di kawasan berurat di pergelangan tangan.
      2) Lekapkan kedua belah pergelangan tangan dan gosokkan sehingga minyak menyerap.
      3) Rapatkan tangan ke hidung dan hidu sambil menarik nafas perlahan-lahan dan dalam. Kemudian hembuskan juga perlahan-lahan. Ulangi hidu dan pernafasan sebanyak 8 – 10 kali.
      Secara ringkasnya, kita titiskan kemudian gosok hingga meresap dan bau bahagian tersebut serta tarik nafas panjang-panjang sebanyak 8-10 kali..

  21. tuan admin, bolehkah saya memakai kedua-duanya sekaligus, maknanya saya titiskan bersama pada waktu yg sama..?

    1. Ia membantu dalam memberi tenaga kepada minda sekaligus membantu dalam pembelajaran. Saya sendiri menggunakan mind power untuk anak saya, dulu beliau mendapat kedudukan berbelas-belas dalam kelas. Kini dapat tempat ke-empat di sekolah agama. Anak saya kurang berminat menghafal berbanding pelajaran matematik dan kira2. Di sekolah agama, terdapat banyak perkara hafalan dan ini tidak disukai olehnya. Menyedari perkara ini, kami cuba membantu dengan menggunakan Mind power agar beliau mudah hafal & faham. Alhamdulillah ia dapat membantu. Yang penting pastikan mind power di titis di kawasan berdekatan urat, paling senang ialah di bahagian belakang pergelangan tangan (kerana urat dekat dengan kulit). Kemudian lakukan exercise tarik nafas 8 – 10 secara perlahan dan dalam seperti yang diterangkan. Bauan itu akan merangsang minda dan pati minyak juga akan meresap dalam darah melalui salur darah (urat) bagi memperbaiki jumlah oksigen dan sebagainya.

        1. Tiada side effect.
          Kekuatan minda memang hanya berfungi ketika kita memakainya kerana ia mempunyai sesuatu yang boleh meransang otak seperti sesquiterpenes.
          cumanya, dalam seminggu saya cadangkan ambil sehari atau 2 hari cuti, hari dimana kita tidak menggunakannya supaya kita tidak jadi bergantung kepada mind power/mind clarity. Sebenarnya kaedah bergini sama dengan cara pengambilan vitamin atau supplement.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *